AhLan..

13 Disember 2011

04 Oktober 2011

Maaf, ana sudah bertunang...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

******************
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
 

07 Julai 2011

Bab 4....Bab 4..dan Bab 4...

bab analisis 4 saya masih lagi kosong sejak dua bulan yang lalu


arghhhh...tepu...





Assalammualaikum...

tak termampu nak cakap apa buat masa ni. ha.....ni le keadaan ambe sejak dua bulan ni. selagi bab 4 dissertasi tak siap, selagi tu lah hati tak senang. bukannya tak cuba bagi tumpuan...tapi betul..idea takde! mengadap labtop punya lama...tapi.....hasil kat atas jugalah yg jadinye. huhu..emm..yang sempat siapkan just dua tiga empat dan lima bagi pekara asas je. yang paling penting..tak dapat nak mulakan penulisan bab 4 ni. haisssh..sebelum ni sibuk dengan kerja, meeting, prog dll...sekarang kerja dah habis..tapi masih tak dapat nak beri tumpuan...why?

sebut pasal kerja. alhmdulillah....saya dapat pengalaman yang sangat bermakna..sepanjang jadi pembantu pelajar, buat filedwork ke Balik Pulau adalah perkara yang paling menyeronokkan. tapi bile sampai je bilik, ha..hati jadi sejuk, beku, tepu, luku, paku pakis, daun keladi..dan semua adalah..tak dapat juga nak writing. lastly just cuba hadam buku mukhtsar Ihya' ulumuddin..ye la..buku ni lah yang sepatutnya di buat teman siang dan malam...yang perlu dihadam setiap ayat yang ditulis...tapi........hmm.....tu la...


mungkin disebabkan..dah lama saya tak Online secara berterusan dengan DIA...saya jauh dari DIA...Ya Allah..usahlah Kau berpaling dariku walau sesaat....berikanlah kekuatan..kembalikanlah semangat itu..moga penulisan ini bernilai ibadah juga..menulis bukan nak mengejar A..jauh lagi nak kerana nak mengejar pujian. Tapi penulisan ini dilakukan kerana kesedaran tanggungjawabku sebagai muslim...sampaikanlah walau seayat!

05 Julai 2011

4 juLai...





Ya Allah...
Semakin bertambah umurku..
Semakin jauh telah ku tinggalkan masa lalu
Semakin hampir dengan dengan sisa umurku yang tak seberapa

Ya Allah..
Semakin jauh umurku melangkah
Umurku meniti hari
Ku pohon hidayah Mu
Ku pohon jua kekuatan
Agar langkah yang tersisa ini tidak terpesong

Dihari lahir ku
Berkatilah umurku
Dan izinkan lah aku dekat dengan redhamu..
Ameenn..


ira..tak ada kek..tak ada hadiah...tak de ucapan dari insan tersayang. Emm..cukuplah dengan doa...terima kasih semua..

30 Mei 2011

jangan sedih wahai hati kerana Allah disampingmu..


15 Mei 2011

Buat Mak.....Selamat Hari Mak...yg Hari2...



saya sayang mak..terima kasih mak..
tak termampu nak balas pengorbananmu
hanya doa dan kejayaan yang mampu diberi
doakan saya mak..
moga menjadi anak yang solehah
buat mak dan ayah


Tak lupa juga teristimewa buat kak da, kak nora, kak hajar, kak nasyitah dan kak sapura yg juga seorang ibu.. Ketabahanmu menjadi inspirasiku...

HATI

Jam1.30 am...

Td..saya ke bilik tv..sy ke sana sbb saya dah tak mampu nak berada di bilik sendiri..
sebelum sampai dibilik tv....saya melalui musolla....musolla tu kosong...
saya memerhati pintu bilik teman...hurmmm...terasa bosan..
saya beralih lihat pandangan diluar...sunyi...takde sesiapa pun..
saya meneliti jauh ke jalan raya...hanya kelihatan kelam dan sepi
saya masuk bilik tv..ye ada ramai pelajar lain disitu...ruangan jadi bising dan menyerabutkan
tp...saya tetap nampak semua tu takde pe2..ianya tetap kosong.......
spt kosongnya hati sy sekarang..

macam tu lah agaknya perjalanan hidup..
sesekali bila dipenuhi dengan pelbagai perkara yang menyesakkan
apa yang dilalui hari2..tetap terasa kosong...
sungguh..hati ni rasa sepi....

Mata memandang tesis..hati jadi tawar sesangat
Dapat bercakap dengan mak...tp tak pasti apa yg nak diluahkan
Teringat pensyarah2..tp hati jadi resah pula
Komitmen kerja tiba-tiba minta di beri perhatian..ada tugasan yang perlu diselesaikan
namun masih tp tak pasti..kenapa semuanya tak mampu dilaksanakan.
Saya dah takde semangat..
Saya dah takde hati...

Ya Allah..
Engkau yang mencipta hati ini..
Engkau jua yang berhak ke atas hati ini
Engkau juga yang mencampakkan segala apa yang ada dalam hati ini
Allahurabbi..Engkau yang hadiahkan hati ini..namun..
aku hamba yang tak mampu memeliharanya..
janganlah Engkau murka ya Allah..
dan usahlah biarkan diriku sendiri menjaga hati ini
sungguh...aku hamba yang lemah..

Mohon pdMu ya Allah..
Moga ditukarkan hati ini..
Andai hati ini tak sesuai lagi menjadi milikku...

  

merindui......
dekat tapi tak mmpu menggapai...
sakit..hanya Allah je yg tahu....Allahurabbi...
maafkan akk...
(~_~)

02 Mei 2011

Pasrah Segalanya

DeHearty
http://liriknasyid.com
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

c/o : Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

16 April 2011


kata mak
" sabar..pasti ada hikmah.."
kata abang
" abg sentiasa mendoakan utkmu adik"
kata kakak
"jangan bersedih...Allah sedang mengaturkan yang terbaik untukmu"

tidak...
Saya tak bersedih...sungguhhh...cuma..saya punya impian...ada ada mimpi yang ingin dikejar...
tp saya sedar saya hanya mampu melihat...tersenyum...dan menumpang rasa gembira dan kebahagiaan yang akan mereka miliki...ye...buat masa ni..saya hanya mampu menumpang perasaan itu..

buatmu teman...sahabat....maafkan saya kerana terpaksa 'menumpang' lagi..bergembira dan cuba meraikan semampu yang boleh...namun dalam hati ini....tertanya-tanya, sampai bila harus menagih simpati...mohon ruang untuk terus menumpang perasaan bahagia itu...maafkan saya ye...

awa..enul...doakan saya kuat ye....terlalu menyayangimu...

enul, ira n awa..

21 Mac 2011

Moga Selamat Semuanya

Gambar ni kalau tak salah tahun 2006

Sekarang ni mak ayah dan keluarga abang sedang menunaikan umrah di Makkah. Insyallah hari khamis 24hb Mac 2011 mereka tiba di KLIA. Doa saya, moga mak ayah dan seluruh keluarga abang dapat menunaikan ibadah umrah sebaik mungkin serta sihat dan lancar pergerakkan mereka di bumi Mekah dan Madinah. Risau juga tentang pergolakan yang berlaku di kebanyakkan negara di Timur Tengah. Insyallah moga selamat semuanya. ameen.

Baru dua miggu mak ayah takde kat rumah, terasa lain je bila balik kg selamat tu. walaupun bising dengan keletah afif danial, tetap rasa sunyi cz tak dpt dengar beleber mak ayah..hehe..nanti mak ayah dah smpai rumah jangan terkejut ye..ikan kesayangan ayah mati sekor n kucing mak pun ada yang mati sekor. agaknya, rindu sangat kat tuan die..huhu..(habislah kami nak menjawab ngn mak ayah nnt!)

Begitu juga keluarga kakak yang berada di Swiss..aissyhhh...bila masing2 jauh di mata nih, macam2 pk..insyallah..moga kasih sayang Allah sentiasa bersama mereka.ameenn..

Merindui Ina n Ammar. Mak su tinggu korang balik bercuti bulan Jun nanti ye..

Tak lupa juga buat abg Yie yang berada di Lebanon, keluarga kak yani di Mexico, Atin di Jepun dan Hafizi di Kenya. Moga sihat dan hepi sokmo ye!

Buat Sahabat2 yang sedang menuntut Ilmu di Jordan dan Mesir, moga pulang ke tanah air nanti dengan natijah yang membanggakan agama, keluarga dann bangsa...ameenn..cayalah!!

10 Mac 2011

Menulis dan kesengetannya.....

Assalammulaikum warahmatullahiwabarakatuh

Syukur Alhamdulillah tengahari ni, Allah telah beri sedikit kekuatan nak menulis kat blog. Dah lama tak menulis...besenya post lirik lagu je sebagai jalan mudah..hee...nak menulis entry blog pun amik masa yang lama nak publish, apatah lagi nak menulis disertasi kan?=)




Alhamdulillah saya baru je selesai menulis kertas kerja yang akan dibentangkan di Univerisitas Muhammadiyah Sumetera Utara (UMSU), Medan, Indonesia. Kertas kerja tersebut merupakan sebahagian daripada disertasi saya juga. Menulis kertas kerja bukannya mudah. lebih-lebih lagi sekiranya ia kali pertama dilakukan. Cabaran ni bukan sahaja perlu dilalui diperingkat penyelia yang sangat teliti dan ingin memastikan kertas kerja itu ditulis sebaik mungkin, tetapi ia turut melibatkan bagaimana persediaan mental, fizikal dan spiritual apabila menghadapi sesi perbentangan nanti.

Sebut pasal penyelia, alhamdulillah..saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk dididik, ditarbiyah dan diberi tunjuk ajar oleh Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh (MSS). Sebenarnya, semasa peringkat awal pemilihan penyelia, Prof adalah penyelia yang paling saya nak elak. Rasa takut dan risau nak berhadapan dengan prof. Nampak Prof macam syadid, rigid n teliti. Hurrmmm..memang fikir..alamk eh...habis la saya kali ni....Komform lambat siapkan disertasi, Tapi taqdir Allah itu mengatasi segalanya. Ada hikmah mengapa saya terpilih untuk berada dibawa bimbingan prof. Aura seorang ayah yang ada pada prof tu sebanarnya memberi sedikit kekuatan dan semangat.

Mana tak kuat 'semangat'....kadang-kadang perlu hantar 4 atau 5 kali draf bab atau sub bab yang sudah ditulis pada prof. Setiap kali hantar tu..mesti dipulangkan dengan tulisan pen merah yang lagi banyak daripada tulisan hitam. huhu...debor setiap kali berdepan dengan prof...itu belum lagi bila dipanggil untuk berdepan dengan prof...kena lihat satu persatu kesalahan yang dibuat. ha.....sesi membetulkan kesalahan menulis paling membimbangkan. Soalan yang pertama yang kebiasannya ditanya : " shahirah rasa apa kesalahan shahirah?" apa lagi...haa...terkebil2 saya meneliti kertas2 yang sudah di cek oleh prof...kena sebut sendiri kesalahan apa yang dilakukan...dalam hati sendiri cakap...'aisssshhh..rasa cm best sangat menulis, rupa2nya berjujuk salah...huhu...' ha...malas nk cakap banyak..tengok le sendiri...hasil penulisan ku yang sangat best..sehingga Prof teramat suka untuk membacanya..=)

Aduii...ni dah kali ketiga tau hantar kat prof untuk dibaiki
ni baru sikit...besenya banyak lagi pen merah nih

ha...siap ada tumpah kuah smbal lagi tu...biasa la prof...kat mana2 saja buat kije walapun tengah makan

ha...setiap kali dapat semula kertas...mesti tarik nafas dalam2 dan sengeh dulu sebelum buka kertas nih..
syabas..shahirah!! penulisan yang sgt baik...
pasni..siaplah...minyak cap kapak plus panadol..plus air nescafe 3 in 1 
nak betulkan semula penulisan entah keberapa kalinya

tu lah..masa dgree dulu..memain je menulis. main copy n paste je. tanpa rasa bersalah..pastu berbangga pula tu masa hantar assigment kat pensyarah. hee...wlpun ada rujukan/bibliografi kat belakang kertas...tp tu tak bermakna dah terlepas dari tuduhan plagiat!! erkk..tidakkk......!!!  

Tiba2 teringat pulak pesan Prof..

"Shahirah...kita perlu menulis dari hati..supaya ia turut sama sampai ke hati manusia. Sebelum menulis tu..mintalah kekuatan dari Dia..dan jangan lupa bermanja dengan DIA. Perlu ada ruh rasa bertuhan tu..Ingat juga ye..menulis tu kena objektif...tak boleh bias serta emosi... dan yang paling penting, inti pati tulisan tu perlu baru dan tak pernah orang lain dengar lagi. Kemukan idea2 baru...jangan sama je isu2 tersebut dengan penulisan popular."

Insyallah Prof..akan saya ingat dan cuba aplikasi. Moga Allah sentiasa bersama saya. ameen...

Baru saya sedar. Bukan semudah yang disangka hendak menulis. Walapun seayat..! Pernah juga berjujuran air mata ni. sebab rasa tak kuat nak memenuhi tuntutan arus dunia penulisan. tak cukup tabah untuk mengejar due date, nak memenuhi kehendak tajuk disertasi, nak menghadapi cabaran penulisan dr ISDEV dan sebagainya. Pada masa tu..labtop dan buku merupakan teman setia saya. sehingga sampai satu tahap...terasa seperti terputus dengan dunia luar seketika. Sape kata menulis tu mudah kan? hanya mengadu pada Allah..agar diberi kekuatan dan kelapangan hati. Disamping tak putus2 mendapat semangat dari mak ayah, kakak2, abang2, pensyarah2 serta sahabat2..insyallah..moga penulisan ini juga bernilai ibadah. ameenn..

Sebelum nak p solat zohor ni..saya mohon ampun pada sume atas segala salah silap saya selama ni ye. Mohon juga mendokan agar perjalanan saya pergi dan balik dari Medan, Indonesia  pada 11-17 March 2011 nanti selamat dan penuh manfaat. Saya juga amat mengharapkan agar perbentangan kertas kerja di Medan nanti, akan terus membantu dan menaikkan semangat saya dalam menghabiskan pengajian dalam bidang master ini.Juga dapat meningkatkan lagi martabat Islam melalui penulisan saya nanti.ameen..


present@wapi4
Allahumma yassir wala tua'asir

13 Februari 2011

Ku Serah Cinta

Ku Serah Cinta

Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Penyusun Muzik : Belle
Penerbit : Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

video

08 Februari 2011

Berjalan Tanpa Henti

Berjalan Tanpa Henti



(devotees)

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan
 tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...